Saturday, August 18, 2012

Koleksi Ucapan Selamat Lebaran Hari Raya Idul Fitri Terlengkap | Cyber4rt

Walaupun hati tidak sebening XL dan secerah MENTARI,
Banyak khilaf yang buat FREN kecewa,
Kuminta SIMPATI-mu untuk BEBAS kan dari ROAMING dosa,
Dan kita semua hanya bisa mengangkat JEMPOL kepada-Nya,
Yang selalu membuat kita HOKI dalam mencari kartu AS,
Selama kita hidup karena Kita harus FLEXIbel,
Untuk menerima semua pemberian-NYA,
Dan menjalani MATRIX kehidupan ini,
Dan semoga amal kita tidak ESIA-ESIA,
Mohon Maaf Lahir Bathin.

Menyambung kasih, merajut cinta, beralas ikhlas, beratap DOA.
Semasa hidup bersimbah khilaf & dosa, berharap dibasuh maaf.
Selamat Idul Fitri

Sebelas bulan Kita kejar dunia,
Kita umbar napsu angkara.
Sebulan penuh Kita gelar puasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan Kita sebar dengki Dan prasangka,
Sebulan penuh Kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan Kita berinteraksi penuh salah Dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Idul Fitri, mohon maaf lahir Dan batin

Walopun operator sibuk & sms pending terus,
Kami sekeluarga tetap kekeuh mengucapkan
Selamat Idul Fitri, mohon maaf lahir Dan batin

Bila kata merangkai dusta
.
Bila langkah membekas lara
Bila hati penuh prasangka
Dan bila Ada langkah yang menoreh luka.
Mohon bukakan pintu maaf
Selamat Idul Fitri Mohon Maaf Lahir Batin

Fitrah sejati adalah meng-Akbarkan Allah..
Dan Syariat-Nya di alam jiwa..
Di dunia nyata, dalam segala gerak..
Di sepanjang nafas Dan langkah..
Semoga seperti itulah diri Kita di Hari kemenangan ini..
Selamat Idul Fitri Mohon Maaf Lahir Batin

Waktu mengalir bagaikan air
Ramadhan suci akan berakhir
Tuk salah yg pernah Ada
Tuk khilaf yg sempat terucap
Pintu maaf selalu kuharap
Met Idul Fitri

Walaupun Hati gak sebening XL Dan secerah MENTARI.
Banyak khilaf yang buat FREN kecewa,
Kuminta SIMPATI-mu untuk BEBAS kan dari ROAMING dosa
Dan Kita semua hanya bisa mengangkat JEMPOL kepadaNya
Yang selalu membuat Kita HOKI dalam mencari kartu AS
Selama Kita hidup karena Kita harus FLEXIbel
Untuk menerima semua pemberianNYA Dan menjalani
MATRIX kehidupan ini Dan semoga amal Kita tidak ESIA-ESIA
Mohon Maaf Lahir Bathin.

Satukan tangan,satukan hati
Itulah indahnya silaturahmi
Di Hari kemenangan Kita padukan
Keikhlasan untuk saling memaafkan
Selamat Hari Raya Idul Fitri
Mohon Maaf Lahir Batin


Kesempurnaan milik ALLAH..
Kekurangan dan kekilafan milik saya.
Selamat Hari Raya Idul Fitri 1428H,
Minal Aidin Walfaidzin.

Mata ini kadang salah melihat, mulut ini kadang salah berucap, hati ini kadang salah menduga. MiNAl aiDzIN waL fA IdZiN mOhoN MaaF lAhiR BatiN. Maafin semua salahku ya..

Bila ada kata terselip dusta, ada sikap membekas lara, dan langkah menoreh luka, semoga masih ada maaf tersisa. Taqobalallahu Minna Wa Minkum, Minal Aidin Wal Faidzin

Keindahan Ramadhan tetap bersinar seiring datangnya hari yang fitri. Selamat Idul Fitri, Minal aidin wal faidzin. Mohon maaf lahir dan batin terucap setulus hati untukmu sahabat.

HarI kmngan tlh tb. Dgn pnh ktulusn membka pintu hati utk saling memaafkan SelaMat Hari RAya iDuL FiTri mOhn maAf lHair & Bathin

Bedug tlah ditabuh, gema takbir Ilahi membahana menyambut hari yang fitri. Selepas Ramadhan smoga mutiara kesabarn & keimanan slalu trpatri dlm diri. Seharmoni dgn gelombang kehidupn yg tak slalu datar. MinalAidzinWalFaidzin. Mhn maaf lahir & batin.

Kata telah terucap, tangan telah tergerak, prasangka telah terungkap,
Tiada kata kecuali saling memaafkan, jalin ukhuwah & kasih sayang raih
indahnya kemenangan hakiki. Selamat Hari Raya Iedul Fitri

Selamat Hari Fitri,
Marilah Kita saling mengasihi n memaafkan
Ku tau kau telah banyak berbuat salah Dan dosa kepadaku, sering meminjam
duit n Ga ngembaliin, pake motor Ga pernah isi bensin, tapi tak usah
risau. Ku telah memaafkanmu. ..

Sepuluh jari tersusun rapi.. Bunga melati pengharum hati .. SMS dikirim
pengganti diri. Memohon maaf setulus hati. Mohon Maaf Lahir Dan Batin
Met Idul Fitri.

Sejalan dengan berlalunya Ramadhan tahun ini
Kemenangan akan kita gapai
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kesempatan hidup ada keluasan ilmu
Hidup ini indah jika segala karena ALLAH SWT
Kami sekeluarga menghaturkan
Selamat Hari Raya Idul Fitri
Taqobalallahu minna wa minkum
Mohon maaf lahir dan bathin

Andai jemari tak smpt berjabat,andai raga tak dpt bertatap
Seiring bedug yg menggema, seruan takbir yg berkumandang
Kuhaturkan salam menyambut Hari raya idul fitri, jika ada kata serta khilafku
membekas lara, mohon maaf lahir batin.
SELAMAT IDUL FITRI

Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan IA keruh,
Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan dia mendung,
Jika HATI seindah BULAN, hiasi IA dengan IMAN.
Mohon Maaf lahir Dan batin

Menyambung kasih, merajut cinta, beralas ikhlas, beratap DOA.
Semasa hidup bersimbah khilaf & dosa, berharap dibasuh maaf.
Selamat Idul Fitri

Sebelas bulan Kita kejar dunia,
Kita umbar napsu angkara.
Sebulan penuh Kita gelar puasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan Kita sebar dengki Dan prasangka,
Sebulan penuh Kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan Kita berinteraksi penuh salah Dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Idul Fitri, mohon maaf lahir Dan batin

Andai jemari tak sempat berjabat.
Jika raga tak bisa bersua.
Bila Ada kata membekas luka.
Semoga pintu maaf masih terbuka.
Selamat Idul Fitri

SPRM Antara Agensi Anti Rasuah Paling Disegani Di Dunia

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat pujian sebuah badan antirasuah terkemuka yang menyifatkan ia sebagai antara agensi seumpamanya paling disegani di dunia.
Begitu juga dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, beliau turut diiktiraf dan disegani di kalangan pakar antirasuah dan masyarakat antarabangsa, kata Presiden rangkaian European Partners Against Corruption (Epac) Martin Kreutner.

Abu Kassim ialah anggota Interpol Group of Experts on Corruption (Igec) dan ahli jawatankuasa eksekutif Lembaga Penasihat Akademik Antarabangsa Akademi Anti Rasuah (IACA) yang berpangkalan di Vienna.

Kreutner, pengerusi IACA yang kini melawat Malaysia, memberitahu Bernama akademi itu akan memeterai satu memorandum persefahaman dengan SPRM tidak lama lagi bagi mewujudkan rangka kerja usaha sama program Ijazah Sarjana yang pertama dalam bidang anti rasuah, yang menyaksikan sebahagian program tersebut dikendalikan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).

MACA turut mengendali beberapa program antarabangsa lain dan merupakan akademi anti rasuah pertama di dunia.

Program 24 bulan untuk golongan profesional dalam bidang pencegahan rasuah, pegawai polis, hakim dan pegawai agensi pelaksana lain, akan dilancarkan pada 9 Dis ini sempena Hari Anti Rasuah Sedunia.

Program yang bersandar sepenuhnya kepada pengajian rasuah secara global dan menangani gejala itu daripada pelbagai perspektif, dijangka menarik minat peserta dari seluruh pelosok dunia.

Kreutner berkata, ia bukan sahaja menggabungkan perspektif rasuah dan undang-undang malah perspektif rasuah dan sains, rasuah dan keselamatan selain rasuah dan politik serta ekonomi.

"Modul ini bakal mencerminkan pemahaman umum dan kerjasama antarabangsa dalam membanteras rasuah, yang menjadi semakin penting, oleh itu, kami memberi penekanan terhadap kerjasama antarabangsa," katanya.

Kreutner, bekas Ketua Suruhanjaya Anti Rasuah Austria, berkata pergerakan Arab Spring yang telah menumbangkan beberapa rejim Arab sejak dua tahun lepas, adalah satu contoh jika tidak ada kehendak politik pihak atasan untuk memerangi rasuah, rakyat akan menggunakan pendekatan revolusioner.

"Salah satu elemen penting dalam pergerakan Arab Spring ialah rakyat sudah muak dengan rasuah. Di sini jelas menunjukkan rakyat tidak rela dianiaya."

Beliau berkata, perjuangan menentang rasuah di peringkat antarabangsa telah menampakkan hasil yang memberangsangkan sejak beberapa dekad kebelakangan ini kerana Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Rasuah diterima pakai di banyak negara.

Kreutner juga mendedahkan ketika dua ketua negara di rantau Arab meletak jawatan pada kemuncak pergerakan Arab Spring, ia hanya mengambil masa 30 minit untuk membekukan aset haram mereka di tempat yang selama ini difikirkan selamat.

"Jika perkara ini berlaku 10 tahun lepas, ia akan mengambil masa 30 bulan, dan jika 25 tahun lepas, sesetengah tempat simpanan akan memberi maklum balas 'Kerahsiaan bank, tidak ada maklumat. Noktah.' Saya rasa ada peningkatan yang positif selain kisah kejayaan, namun pada akhirnya, kita perlu menerima hakikat bahawa 'Rom bukanlah dibina dalam tempoh sehari," katanya.

Mengulas pendekatan melalui pendidikan untuk memerangi rasuah, yang diiktiraf sebagai profesyen kedua tertua dunia, beliau berkata semua negara perlu melaksanakan pendekatan itu antara generasi, bermula dengan kanak-kanak dan golongan belia.

"Apabila saya ke sekolah, dan kemudian ke universiti untuk belajar undang-undang, rasuah tidak disebut sama sekali. Hanya apabila saya mengkhusus dalam bidang undang-undang jenayah, rasuah merupakan antara isu di kalangan yang lain. Saya rasa amat penting untuk mewujudkan satu bab pendidikan bagi mempertingkat kesedaran di kalangan rakyat bahawa ia bukan sesuatu yang kecil, bahkan boleh mengakibatkan sesebuah negara kerugian berbilion setahun.

"Pada asasnya, rasuah adalah bertentangan dengan hak asasi manusia. Ia juga bertentangan dengan ekuiti dan kesaksamaan.

Dalam konteks ini, membanteras rasuah juga ialah berkaitan kedaulatan undang-undang dan tadbir urus yang baik," katanya.

Kreutner berkata, rasuah akan terus wujud pada masa depan, dan usaha harus ditumpu terhadap pembaikan beransur-ansur serta keperluan bagi perspektif jangka panjang.

"Jika ahli politik atau seorang pengurus berjanji beliau boleh membasmi rasuah dalam tempoh setengah tahun, besar kemungkinan beliau ialah seorang penipu. Saya lebih suka melihat gelas yang separuh berisi daripada separuh kosong," katanya. - BERNAMA

***Saya tak komen apa-apa. Cuma senyum dalam ketawa...

Friday, August 17, 2012

Monorel rosak lagi, 200 penumpang terkandas - Semasa - Sinar Harian

Monorel rosak lagi, 200 penumpang terkandas
Wartawan Sinar Harian
17 Ogos 2012
Monorel KL rosak, 100 penumpang cemasKelihatan pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan skylift untuk menyelamatkan beberapa penumpang yang terkandas dalam monoral di Brickfield. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perkhidmatan monorel dari stesen Imbi ke Bukit Bintang di sini tergendala hampir sejam pagi ini apabila sebuah tren mengalami kerosakan kecil, menyebabkan kira-kira 200 penumpang terkandas.

Ia kejadian kedua melibatkan monorel dalam tempoh seminggu. Lebih 180 penumpang terkandas apabila monorel mengalami kerosakan dekat Brickfields.

Dipetik Bernama, jurucakap KL Star Rail, Azhar Ghazali berkata bagaimanapun kejadian pada 8.35 pagi itu tidak menyebabkan kecederaan kepada penumpang.

Beliau berkata, pihaknya mendapat panggilan daripada pemandu monorel pada 8.45 pagi dan sebuah tren penyelamat dihantar ke lokasi bagi memindahkan penumpang secara "tren-ke-tren" di mana kesemua mereka berjaya dipindahkan 10 minit selepas itu.

"Operasi tidak melibatkan pihak luar. Semua penumpang selamat dan ketika kejadian, enjin, pendingin hawa dan lampu monorel berfungsi seperti biasa," katanya kepada hari ini.

Beliau berkata, perkhidmatan disambung semula 30 minit kemudian dan punca kejadian masih disiasat.

"Bagi syarikat pengendali KL Star Rail, saya memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan tersebut," katanya.

Misteri Kemayan City Di Johor Bahru (Seram!)



 
Melayukini.net – Misteri Kemayan City Di Johor Bahru | Kisah kali ini adalah di kawasan Johor Bharu. 

Orang Johor Bharu terutama yang di sebelah Tampoi, Skudai, Kulai dan sebagainya tentunya mengenali Kemayan City. Kemayan City adalah sebuah kompleks yang terbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ia  dikenali ramai kerana gahnya semasa pelancarannya dahulu juga jalan Overheadnya yang menjadi tempat U-turn ke Skudai atau Tampoi. Tak taulah status jalan tersebut samada diiktiraf atau tidak tetapi memang jem di situ terutama semasa waktu petang.

Tetapi kini Kemayan City menjadi tempat yang misteri dan dipercayai menjadi port Mat gian. Namun ada juga yang mengatakan Kemayan City berhantu terutama oleh warga Singapura seperti yang diceritakan oleh Ustaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak.

JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan. Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang. Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.

Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu.

“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu.

Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City.

“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam.

“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk.

“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi” katanya.

Melayukini.net - Kesahihan mengenai bangunan ini penuh dengan misteri sukar dipastikan. Mungkin ada di antara anda pernah melihat bandungan mall ini, atau terutamanya yang tinggal di Johor Bharu. Tetapi tidak boleh disangkal lagi, tempat yang kosong atau lama ditinggalkan sudah semestinya akan dihuni oleh makhluk halus. Cuma persoalan timbul, sebenarnya Kemayan City ini pernah beroperasi sebelum ini atau tidak.